Pemandu kereta berkenaan yang maut dikenali sebagai Mohd Kamal Abd Wahab, 28, berasal dari Kampung Nenasi Pantai, Pekan serta bekerja sebagai Pembantu Am di AgroBest (M) Sdn Bhd.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa bersendirian dipercayai gagal dikawal ketika melalui lokasi kejadian.
“Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui sebuah selekoh selepas simpang ke Summerset lalu terlanggar bendul di bahu jalan sebelum terbalik dan terbabas di bahu jalan sebelah kanan arah ke Kuantan.
“Pemandu kereta yang cedera parah maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.
Post a Comment