BERITA TERKINI

Friday, 19 December 2014

Wanita hamil lima bulan panjat bukit untuk selamatkan diri

Advertisement
KEMAMAN - Seorang suri rumah yang mengandung lima bulan terpaksa bergadai nyawa dengan memanjat bukit setinggi kira-kira lima meter semasa berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir Dewan Orang Ramai Batu 14, pagi kelmarin.

Zuraidah Ismail, 34, berkata, air yang naik laju memaksanya, suami dan tiga anak perempuan yang berusia 11 hingga 15 tahun, keluar dari rumah datuknya untuk ke pusat pemindahan kira-kira jam 1 pagi.


Katanya, sehari sebelum itu dia sekeluarga berpindah ke rumah datuknya yang terletak kira-kira tiga meter dari rumahnya selepas kediamannya mula ditenggelami air.

“Kami sekeluarga terpaksa berpindah dua kali sebab paras air yang makin naik, namun sewaktu panjat kawasan berbukit berdekatan rumah datuk, nasib baik suami, Hazami Sulaiman, 37, papah saya. Ketika itu saya takut juga kalau tergelincir.

“Lepas daki bukit dan redah air yang deras akhirnya kami sekeluarga sampai ke pusat pemindahan,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan berkenaan petang semalam.

Sehingga jam 5 petang semalam, ruang tamu rumahnya di Kampung Batu 14 itu ditenggelami banjir sedalam lebih satu meter atau separas dada orang dewasa.

Post a Comment