Bagi ibu-bapa yang menyangka ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada anak mereka, kejadian di Nanchang, Wilayah Jiangxi di China ini mungkin boleh dijadikan iktibar.
Entah di mana silapnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tersepit di celah pintu pusingan itu.
Usaha orang ramai untuk mengeluarkan kanak-kanak itu pada mulanya tidak berjaya sehinggalah pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
Menerusi video yang dirakamkan, seorang anggota penyelamat dilihat menggunakan alat khas untuk membuka pintu tersebut.
Post a Comment