Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi melibatkan 50 orang daripada 10 keluarga yang kini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga dan balai raya kampung berkenaan.
Gambar hiasan
Seorang daripada mangsa kejadian itu, Shaiful Azzuari Abdullah, 23, berkata ketika kejadian beliau bersama-sama anggota keluarganya sedang menikmati makan malam.
"Kami dah biasa mendengar deruan ombak, tapi kali ini berlainan sedikit dan masa kami tengah makan malam, tiba-tiba terdengar bunyi ombak kuat yang terus membadai dinding rumah kami dan air laut pun memenuhi dalam rumah.
"Saya segera menyelamatkan barangan sekadar mampu sebelum membawa anggota keluarga ke tempat selamat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Ismail Jais, 72, pula berkata beliau sekeluarga sudah lebih awal berpindah ke balai raya sejurus diberitahu akan berlaku fenomena air pasang besar.
"Sebaik saya dimaklumkan akan berlaku air pasang besar malam tadi, saya terus bawa anggota keluarga ke balai raya kampung kami," kata nelayan itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pagi ini turut meninjau keadaan rumah penduduk yang rosak teruk itu. - Bernama
Post a Comment