Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Shahrul Anwar Md. Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md. Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd. Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.
"Md. Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd. Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahrul Anwar berkata, Md. Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan di sini.
Tambahnya, rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.
sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz3BzmTvwfW Hakcipta terpelihara
Post a Comment