Insiden pada kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku apabila mangsa, Mohd. Syazwan Afiq Mohd. Zaki dan abang sulungnya, Mohd. Syazwan Redza, 14, serta beberapa rakan mandi di sungai berkenaan.
Ibu mangsa, Zarina Zawawi, 34, berkata ketika kejadian, dia dan suami dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk membeli barang keperluan rumah.
"Sampai di Kok Lanas, abang sulung menghubungi saya dan memberitahu adiknya mengalami kecederaan di mata dan muka akibat terkena serpihan kaca selepas cermin gogal yang dipakainya terhantuk pada batu ketika mandi di sungai.
"Kejadian itu berlaku apabila kepala Afiq terhantuk di batu yang berada di dasar sungai dan terkena gogal menyebabkan cermin gogal pecah dan terkena mata Afiq,” katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) hari ini.
Post a Comment