BERITA TERKINI

Sunday, 31 August 2014

Dua remaja maut dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan

Advertisement
JOHOR BAHRU - Dua remaja lelaki maut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM1.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala bandar raya ini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.10 pagi yang mengakibatkan pemandu Mitsubishi Evo, yang berumur 25 tahun dan penumpang hadapan, berumur 18 tahun, maut.

"Kejadian dipercayai berlaku akibat persaingan sesama sendiri antara dua kereta Mutsibishi Evo iaitu berwarna biru yang dinaiki empat remaja dan Mitsubishi Evo kuning yang dipandu seorang lelaki," katanya di sini hari ini.

Sulaiman berkata, apabila tiba di tempat kejadian, Mitsubishi Evo biru tersebut hilang kawalan dan melanggar Mitsubishi Evo kuning serta sebuah kereta Proton Waja yang berada di lorong kiri.

Beliau berkata, Mitsubishi Evo biru terbabit kemudian terputus dua yang menyebabkan pemandu berserta penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz3BznzibFj Hakcipta terpelihara

Post a Comment