Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, rantai pengikat muatan balak dibawa sebuah lori dipercayai terputus dan menyebabkan lima balak terjatuh mengadang laluan tersebut.
Mangsa, Mohd Fadil Ahmad, 26, berkata, dia bersama ibunya dalam perjalanan dari Felda Jengka 19 untuk menjenguk adik yang tinggal di sekolah berasrama di Chenor.
Menurutnya, ketika di lokasi kejadian, dia menyedari kehadiran sebuah lori membawa muatan balak dari arah bertentangan.
“Tiada apa yang pelik dan mencurigakan, jadi saya beri tumpuan kepada pemanduan kerana sedang menuruni laluan berselekoh.
“Sebaik berselisih dengan lori itu, secara tiba-tiba ada sesuatu menghempap bumbung kereta di tempat saya memandu.
“Hentakan kuat itu menyebabkan saya tidak sedarkan diri sebelum kereta terbabas ke bahu jalan,” katanya.
Mohd Fadil mengalami kecederaan dengan patah kaki kanan sementara ibunya, Siti Hajar Ishak, 61, patah dua tulang rusuk kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
Post a Comment