Ketua Penolong Setiausahanya, Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain berkata, mereka juara bagi kategori wau bercahaya paling terang.
Katanya, wau bercahaya hasil kerja keras kakitangan TIC berjaya menarik perhatian juri dan mengalahkan peserta lain.
“Ini penyertaan kali kedua TIC, tahun lepas kami kalah tetapi tahun ini wau bertemakan Visit Malaysia Year membawa rezeki kepada kami.
“Kos untuk menghasilkan wau ini lebih RM2,000 kerana lampu yang digunakan diimport dari China,” katanya.
Pada pertandingan itu, empat kategori dipertandingkan iaitu kategori pihak berkuasa tempatan (PBT), wau bercahaya paling terang, kategori bercahaya dan kategori bercahaya terbaik.
Bagi kategori PBT, Majlis Daerah Jeli muncul johan, kategori pencahayaan johannya dari China dan johan bagi pencahayaan terbaik (Pasir Gudang).
Wau dihiasi lampu LED (Light Emitting Diode) yang berwarna-warni dan berkelip-kelip dinaikkan pada waktu malam memukau kira-kira 20,000 pengunjung.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud berkata, pertandingan itu berjaya menarik penyertaan 82 peserta, termasuk 15 peserta dari negara luar.
Menurutnya, pertandingan untuk tahun kedua ini, melibatkan penyertaan pelbagai negara antaranya China, Thailand, Singapura, Jerman, Kemboja dan Sweeden.
Pesta Wau Antarabangsa kali ke-32 itu menyaksikan 42 peserta antarabangsa dari 18 negara termasuk Australia, Belgium, China, England, Itali, New Zealand dan Sweden, selain 180 peserta kebangsaan.
Sebanyak 22 acara dipertandingkan sepanjang empat hari pesta berlangsung, yang turut menganjurkan bengkel membuat wau kepada pelajar.
Post a Comment