Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 37 tahun rebah dalam keadaan berlumuran darah selepas terkena tiga das tembakan yang dipercayai dilepaskan seorang lelaki ditemuinya sebelum itu.
Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan termasuk rusuk kiri dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 8.15 malam.
Menurutnya, berdasarkan keterangan beberapa saksi yang ditemui, mangsa sebelum itu dilihat sedang berbual dengan seorang lelaki di hadapan klinik tersebut.
“Saksi itu mendakwa dia terdengar bunyi tiga das tembakan sebelum ternampak mangsa rebah manakala lelaki yang ada bersamanya sebelum itu bergegas beredar meninggalkan lokasi menaiki sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Anuwar berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan namun dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Polis kini giat menjejaki suspek terbabit dan motif kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.
Post a Comment