Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa Wan Ros Iskandar Wan Jusoh, 24, hangus seluruh badan apabila kereta Toyota LE yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM yang dipandu Muhd Safuan Zainal, 30.
"Wan Ros Iskandar dalam perjalanan dari Jerteh ke Pasir Puteh manakala Muhd Safuan yang hanya cedera ringan dari Pasir Puteh ke Jerteh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Kamal berkata, kereta yang dipandu Wan Ros Iskandar terhumban ke dalam parit di sebelah kiri jalan menghala ke Pasir Puteh lalu terbakar.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya yang berasal dari Kampung Padang Landak, Jerteh untuk dikebumikan.
Mohd Kamal berkata Muhd Safuan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata pihaknya tiba di tempat kejadian bersama enam anggota selepas menerima panggilan pukul 4.04 pagi dan mayat mangsa dikeluarkan selepas api dipadamkan.
Bapa mangsa Wan Jusoh Wan Daud, 60, ketika ditemui di bilik mayat hospital itu berkata, anaknya dalam perjalanan menjemput bakal tunangnya, Wan Nor Atikah Wan Muhamad, 19, di Kampung Padang Siam di sini, untuk menghadiri temu janji dengan doktor pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Krian, Kota Baharu hari ini.
Beliau berkata, anak kelima daripada enam adik-beradik itu seorang yang pendiam dan kali terakhir beliau bertemunya selepas solat Isyak malam tadi.
Post a Comment