Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan, Kamal Azural Mohamed berkata, suspek utama ditahan di Kok Lanas, manakala dua rakan subahatnya ditahan di Kota Bharu dan Machang, beberapa hari kemudian.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek utama berusia 28 tahun itu dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan jenayah samun dan pecah rumah sejak setahun lalu.
“Dua suspek lain yang berusia 39 dan 28 tahun itu dipercayai bersubahat dengan suspek utama bagi memasarkan pelbagai barangan curi yang diperoleh suspek utama. Seorang daripada mereka ada hubungan persaudaraan dengan suspek utama.
“Pada hari sama (14 Mei) suspek cuba menyamun sebuah rumah dan memukul pemilik rumah terbabit yang menyedari kehadirannya di Kampung Kolam Abu, dekat sini, sebelum berjaya melarikan diri.
“Bagaimanapun, kenderaannya yang ditinggalkan kira-kira 100 meter dari rumah mangsa berjaya dikesan dan akhirnya membawa kepada penangkapan ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Kamal Azural berkata, semua suspek kini ditahan reman dan pihaknya berjaya mengenal pasti beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek utama yang berasal dari daerah ini bergerak seorang diri dan melakukan kerja pecah rumah pada siang hari terutamanya waktu pagi, ketika pemilik rumah keluar bekerja.
Tambahnya, hasil siasatan, pihaknya percaya masih banyak kes pecah rumah dilakukan suspek namun, tidak dilaporkan kepada polis selepas proses pengecaman dibuat mangsa.
“Mangsa pecah rumah boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Machang bagi membuat pengecaman harta benda mereka, seterusnya membantu siasatan.
“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah sepucuk senapang angin, barangan kemas, komputer riba, jam tangan, telefon bimbit, peralatan pertukangan,” katanya.
Post a Comment