BERITA TERKINI

Tuesday, 20 May 2014

Dihukum penjara 10 bulan kerana ugut ibu kandung

Advertisement
KOTA BHARU - Tindakan seorang penganggur mahu mencederakan ibunya angkara tidak diberi wang untuk membeli kek tunang akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 10 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Isa Mohamad terhadap tertuduh selepas lelaki berusia 20 tahun itu mengaku salah mengugut untuk mencederakan ibunya dengan menggunakan mata pahat.

Mohamad Syazwan Firdaus Zainuddin didakwa menakutkan secara jenayah menggunakan senjata itu dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada Che Jah Che Idris, 51, di alamat Jalan Tok Semian, di sini, pada 10.30 pagi, 14 Mei lalu.
Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukumannya diringankan dan berjanji mahu berubah.

Dalam insiden lalu, tertuduh ada minta wang daripada pengadu (mangsa) untuk membeli kek hari jadi tunangnya tetapi apabila pengadu berkata dia tiada wang, tertuduh ambil sebatang besi pendek serta cuba mencungkil pintu bilik pengadu. Pengadu menghalang tertuduh menyebabkan pemuda itu mengamuk sambil memegang besi mata pahat tersebut.

Sebelum ini, tertuduh sering kali mengugut pengadu apabila hendakkan wang, malah pernah berkata hendak bunuh pengadu. Tertuduh dipercayai seorang penagih dadah dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri.

Post a Comment