BERITA TERKINI

Saturday, 10 May 2014

80 saman dikeluarkan dalam Ops Cantas Khas Bersepadu(Motosikal/Samseng) Jalanan

Advertisement
KOTA BHARU - Sebanyak 80 saman dan 124 kesalahan trafik dikeluarkan polis terhadap pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Cantas Khas Bersepadu (Motosikal/ Samseng) Jalanan yang dijalankan di dua kawasan berasingan kelmarin dan Khamis lalu.

Ops bersepadu Cawangan trafik Bukit Aman dengan kerjasama Polis Kelantan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selama dua hari itu diadakan di sekitar Jalan Pengkalan Chepa dan Pasir Mas-Salor disertai lebih 20 anggota polis termasuk anggota Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar(JAS).

Pegawai Turus, Penguat kuasa Trafik Bukit Aman, Superintendan Bon Jeen Ahroom berkata, ops bersepadu ini dijalankan bagi membanteras samseng jalanan di samping memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Dalam ops terbabit juga kita turut menahan dua individu yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan seorang remaja berusia 19 tahun yang positif dadah jenis metahphitamine.

“Ops seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras gejala lumba haram dan mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah ketika berada di jalan raya,” katanya demikian ketika menyertai ops berkenaan di sini kelmarin.

Post a Comment