Wan Mohamad Shukor Wan Yahya, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman di Taman Perumahan Kos Rendah, Gong Badak jam 1 pagi pada 7 April lalu.
Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 380, tertuduh didakwa mencuri wang tunai bernilai RM450 dan sebentuk cincin berharga RM200 milik ibunya, Esah Abdullah, 53.
Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 325, dia didakwa menyebabkan kecederaan ke atas ibunya pada tarikh dan masa sama.
Jika sabit kesalahan bagi dakwaan di bawah Seksyen 380, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan denda. Sementara pertuduhan Seksyen 325 dia boleh dipenjarakan tidak sampai tujuh tahun dan denda.
Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 7 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Post a Comment