Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintedan Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.
"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Post a Comment