Pembantu gerai berusia 32 tahun itu terpaksa menanggung kesakitan kerana dipercayai dipukul menggunakan rotan dan besi.
Difahamkan, rayuan mangsa untuk dilepaskan juga tidak diendahkan kumpulan berkenaan yang bertindak semakin ganas dengan memijak perut mangsa.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa tidak mampu melarikan diri kerana kumpulan itu terlalu ramai.
Bagaimanapun katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam berhubung kejadian tersebut.
"Mangsa hanya kenal empat suspek yang memukulnya namun tidak mengetahui punca sebenar dia dipukul kumpulan itu," katanya.
Post a Comment