BERITA TERKINI

Friday, 18 April 2014

Buruh di penjara 5 tahun kerana merompak

Advertisement
KOTA BHARU - Padah merompak berkumpulan, seorang buruh dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu, bulan lalu.

Muhamad Shamsul Ihsan Hafiz Muhamad Yusoff, 21, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Yusoff Yunus selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Hukuman terhadap tertuduh dari Kuchelong, Bachok, yang didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan itu berkuat kuasa bermula tarikh tangkapan, 11  Mac 2014.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang lagi masih bebas merompak beg tangan Yusemiliyana Akma Jusoh, 21, yang mengandungi dua telefon bimbit dan kad pengenalan mangsa, kira-kira jam 7.50 malam,  pada 10 Mac 2014.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan memohon ia bermula daripada tarikh tangkapan dengan alasan telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal walaupun tertuduh insaf kerana ia kesalahan serius.

Post a Comment