Mangsa, Md Noor Yusoff, 46, dari Kampung Baru Kemasik, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berkenaan, mangsa dipercayai terjatuh selepas platform yang menjadi tempat dia berpijak, patah.
“Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman di Chukai untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan teruk pada bahagian kepala,” katanya.
Menurut Che Suza, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan siasatan mendapati kes tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Jenazah mangsa dituntut ahli keluarga pada malam kelmarin dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pekan Kemasik.
Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kemaman, Hazri Jusoh turut membantu menguruskan jenazah Allahyarham yang dimandi dan dikafan di Hospital Kemaman.
Difahamkan, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.
Kejadian malang ini turut menggemparkan rakan mangsa yang sedang leka bekerja ketika insiden berlaku.
Post a Comment