Jurucakap polis berkata, kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu melibatkan sebuah teksi dari arah Kuala Selangor dengan dua motosikal datang dari arah Shah Alam.
“Sampai di persimpangan berkenaan, teksi tersebut cuba masuk ke simpang itu. Malangnya, ada sebuah motosikal melalui jalan tersebut lalu berlaku pelanggaran,” katanya.
Beliau berkata, motosikal yang dinaiki dua lelaki itu melanggar bahagian depan teksi hingga menyebabkan mereka tercampak ke jalan.
Sebuah motosikal lain pula yang dinaiki seorang lelaki cuba mengelak teksi berkenaan tetapi gagal dan melanggar bonet sebelah kiri kenderaan tersebut.
“Pembonceng motosikal itu, Mohd Fadly Sharudin, 24, yang merupakan pelajar Politeknik Shah Alam dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan,” katanya.
Post a Comment