BERITA TERKINI

Monday, 31 March 2014

Meninggal kerana kanser darah

Advertisement
RANTAU PANJANG - “Doa kami sekeluarga tidak pernah putus, namun kami redha kerana ALLAH lebih sayangkannya,” katanya kata seorang bapa yang kehilangan anak akibat penyakit kanser darah, Disember tahun lalu.

Kamaruzaman Che Min, 39, berkata, anak bongsunya, Che Nur Dini meninggal dunia akibat penyakit kronik ini, di usia baharu mencecah tiga tahun.

Kekangan masa katanya, menyebabkan dia banyak menghabiskan waktu menjaga anaknya di hospital sementara isteri, Rusilah Md Yunus, 38, menjaga empat lagi anak mereka di rumah dekat Tanah Merah.

Kamaruzaman yang juga penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gual Sitok berkata, dia menghadapi kesulitan kerana terpaksa memandu lebih 40 kilometer untuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Disebabkan usia yang masih muda dan manja dengan ibu, bukan kerja mudah untuk menjaga anak bongsu dari lima beradik ini.

“Selama beberapa bulan, tamat sahaja waktu mengajar di sekolah, saya akan terus ke hospital. HUSM ini umpama rumah kedua selepas sekolah,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri tidak sanggup menghadapi pelbagai jenis rawatan yang perlu dihadapi oleh anak bongsu mereka.

Bagi orang lebih tua sekalipun katanya, rawatan tersebut pastinya menyebabkan kesakitan.

Katanya, dia tidak sanggup membebankan isteri yang terpaksa berulang alik ke sekolah dekat Jeli, menuju ke rumah mereka di Tanah Merah kemudian menjaga anak bongsunya di sini.

“Kami menghadapi pelbagai cabaran untuk menjaga Che Nur Dini kerana mempunyai waktu yang terhad. Namun kami bersyukur kerana ALLAH memberi kami kelapangan untuk bersamanya dalam masa tiga tahun,” katanya selepas penyerahan cek pampasan kematian Takaful Ikls, semalam.

Menurutnya, meskipun di usia masih muda, namun anak bongsu dari lima beradik ini begitu cekal dan tabah menghadapi penyakit ini sehingga saat menghembuskan nafas terakhir pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, wakil Takaful Iklas cawangan Kota Bharu, Azmi Che Amat berkata, Ustaz Kamaruzaman menerima cek pampasan lebih RM22,000 yang merangkumi beberapa jenis manfaat.

Antara kemudahan tersebut katanya, melibatkan manfaat asas, hospital, penyakit kritikal dan banyak lagi.

Turut hadir, Guru Besar sekolah, Ismail Awang Senik dan Penolong Kanan Satu, Ahmad Shukri Abdullah.

Post a Comment