Natijahnya, lelaki berusia 55 tahun ini yang menjadi keldai dadah, ditahan polis di Kampung Paya, di sini, malam kelmarin selepas dipercayai terbabit secara aktif membekal dadah kepada penagih di kawasan sekitar.
Rahsia penglibatan suspek terbongkar selepas polis menemui 45 pil kuda dalam beg sandang dipakainya susulan serbuan di rumahnya di sebuah perkampungan tradisional dekat sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
Suspek yang beralamat di Jalan Kelab Sungai Buaya kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum ditahan reman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.
Post a Comment