Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Tan Wei Qi, 37, disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, dia pergi ke rumah anaknya kira-kira jam 9 pagi selepas anak dan menantunya gagal dihubungi sejak awal pagi semalam.
“Saya tiba di rumah anak sebelum bergegas masuk ke rumah dan mendapati anak sudah tidak sedarkan diri, selain menantu berada dalam keadaan ketakutan.
“Saya segera menghubungi polis bagi melaporkan kejadian sebelum polis tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian,” katanya.
Tan berkata, dia sekeluarga terkejut dengan kejadian itu dan kali terakhir mereka bertemu adalah pada sambutan Tahun Baharu Cina.
“Ketika itu, mereka suami isteri kelihatan seperti biasa dan saya tidak mengetahui sama ada mereka mempunyai masalah rumah tangga atau tidak.
“Namun, menantu saya sememangnya mempunyai masalah gangguan emosi dan mental sejak dia terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu,” katanya.
Tan berkata, anak dan menantunya itu sudah berkahwin sejak lapan tahun lalu, namun tidak mempunyai cahaya mata.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang mengesahkan kejadianberkenaan.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kes ini masih disiasat dan pasukan polis masih lagi mendapatkan laporan lengkap.
Suami mangsa ditahan sementara waktu,” katanya.
Post a Comment