Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, treler tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Taiping menuju ke Ipoh terbakar di bahagian kepala lori.
Bagaimanapun, dalam insiden itu, pemandu lori berkenaan sempat lari menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Nor Azlina Robak’aee berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.01 petang.
“Setibanya di lokasi kejadian, api sedang marak membakar kepala lori 22 tayar itu dan satu aliran air diperlukan bagi mengawal kebakaran dan dapat padam sepenuhnya kira-kira jam 3.50 petang.
“Kebakaran itu telah memusnahkan 100 peratus kepala lori itu. Bagaimanapun, pemandunya dikenali sebagai Meor Khalis Hamid, 27, selamat dalam kejadian itu.
Post a Comment