Kehadiran ulat-ulat itu disedari oleh pembantu dan pengajar tadika berkenaan yang terpijak ulat ketika mahu membuka suis lampu kira-kira jam 7 pagi semalam sewaktu mahu memulakan sesi kelas.
Ia dikatakan berpunca daripada sikap pengotor sesetengah penduduk yang gemar membuang sampah sesuka hati, termasuk hanya mencampakkannya dari atas unit.
Pengerusi tadika berkenaan, Rosmadi Darus, berkata, situasi itu merupakan kali pertama berlaku dan boleh dianggap kemuncak pada keadaan bau busuk yang terpaksa dihadapi murid-murid sejak sekian lama.
Menurutnya, dia terpaksa membuat memaklumkan kepada pihak pengurusan Kemas untuk membatalkan sesi pembelajaran memikirkan keadaan yang tidak selesa.
“Masalah sampah ini telah lama dibangkitkan setiap kali bermesyuarat kerana kita mahu persekitaran tempat pembelajaran kanak-kanak ini sentiasa dalam keadaan selesa.
“Namun masalah apabila sering tercemar dengan sampah yang dibuang penduduk dari atas ditambah dengan keadaan sampah yang tidak dikutip kerana masalah kontraktor pembersihan.

Post a Comment