BERITA TERKINI

Sunday, 9 February 2014

Mat rempit terkepung

Advertisement
SERDANG – Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dua lelaki yang sebelum ini melaram dengan motosikal curi dicekup dalam Ops Samseng Jalanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, awal pagi semalam.

Dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Besraya itu, 33 motosikal disita dan 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Semua yang ditahan cuba melarikan diri namun tidak berjaya berbuat demikian apabila semua jalan dan lorong dikepung 62 anggota termasuk Cawangan Narkotik dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) IPD Serdang.

Sembilan daripada 159 penunggang didapati positif ujian saringan air kencing. Dua daripada mereka ditahan memiliki motosikal yang dipercayai dicuri.

Pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk tindakan lanjut.

Post a Comment