Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis turut menemui sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo dipercayai milik lelaki itu ditinggalkan di KM5.4 jambatan berkenaan.
"Berdasarkan nombor pendaftaran motosikal itu, ia dimiliki seorang lelaki beralamat di Sungai Dua di sini...bagaimanapun tiada laporan orang hilang buat masa ini," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata gerakan mencari dan menyelamat lelaki itu dijalankan tujuh anggota bersama dua bot sejurus pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 11 pagi.
Post a Comment