Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab berkata mangsa Haizum Ibrahim, 17, dan adiknya Asmaida, 14, kedua-duanya perempuan, maut di tempat kejadian selepas dirempuh Proton Perdana di Kilometer 98 Jalan Kota Baharu-Gua Musang pada jam 7.30 pagi.
"Sebelum kejadian, motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Haizum dipercayai keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh dan mangsa telah dirempuh kenderaan itu yang dalam perjalanan ke Gua Musang," katanya kepada pemberita.
Katanya kedua-dua beradik itu kemudiannya terpelanting dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa tengah hari tadi," ujarnya.
Post a Comment