BERITA TERKINI

Thursday, 27 February 2014

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik

Advertisement
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun trauma selepas nyaris diculik dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Nuramalin Musfirah Mohd Shukor, dikatakan sedang menunggu ibunya selepas tamat kelas farhu ain di pintu pagar luar sekolahnya, namun tidak menyedari dia diekori dua lelaki yang menaiki kereta dari belakang.

Dua lelaki berkenaan kemudiannya, dipercayai bertindak merangkul tubuh mangsa, sebelum mangsa menjerit dan meronta-ronta meminta tolong akibat tindakan lelaki berkenaan yang juga turut mengambil sebatang kayu untuk memukul mangsa.

Bagaimanapun tindakan dua lelaki itu terbantut, apabila dua pemuda yang menunggang motosikal, secara kebetulan lalu di kawasan itu berhenti dan memberikan pertolongan membantu mangsa yang sedang meronta-meronta menangis ketakutan.

Kedua-dua pemuda berkenaan sempat bergelut dengan dua suspek yang kemudiannya, terus bertindak melarikan diri dan meninggalkan mangsa yang dalam keadaan ketakutan di kawasan terbabit.

Selepas itu, dua pemuda itu kemudian hantar Nuramalin ke kediamannya, di Panchor namun semasa mangsa sampai di rumah, kedua ibu bapanya tiada di rumah dan mereka terus berlalu pergi.

Menurut ibu mangsa, Rosmawati Mohd Nor, 36, semasa kejadian dia sedang menunggu kakak dan abang Nuramalin, di bandar Kota Bharu yang juga baru tamat kelas tambahan dan telefon adiknya untuk ambil Nuramalin dari kelas fardu ain.

“Namun berlaku salah faham apabila adik menyangka saya yang akan mengambil Nuramalin, yang tunggu di luar pagar sekolah lebih dua jam selepas tamat kelas kira-kira jam 4.30 petang dan semua rakannya telah pulang ke rumah.

“Memang agak terkejut dengan kejadian terbabit, namun saya masih bersyukur kerana ada pihak yang berhati mulia bantu anak saya,” katanya.

Rosmawati mengharapkan supaya dua pemuda berkenaan tampil memandangkan keluarga, ingin bertemu dengan mereka yang bertindak menyelamatkan Nuramalin dan ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian dan harapkan dua pemuda berkenaan tampil bagi membantu siasatan kes terbabit.

Post a Comment