Dengan tertangkapnya tiga anggota Geng Komeng yang berusia antara 23 dan 30 tahun dalam beberapa siri serbuan yang bermula 12.15 tengah malam hingga pukul 4.45 pagi tadi di Taman Putri, pihak polis percaya mereka berjaya menyelesaikan 10 kes samun.
Polis juga percaya geng tersebut yang mempunyai lebih 10 anggota turut menyamar sebagai anggota polis berikutan penemuan kad kuasa polis pada salah seorang suspek yang dipercayai ketua kumpulan itu.
"Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes samun pusat hiburan keluarga, kedai telefon bimbit serta pusat pengumpulan barangan lusuh,” kata Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid.
Dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, modus operandi geng tersebut ialah meninjau sasaran dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna dan bersenjatakan parang, kayu serta bertopeng muka ketika menyamun.
Source

Post a Comment