BERITA TERKINI

Wednesday, 19 February 2014

Wanita maut kereta diseret lori

Advertisement
KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya diseret sejauh kira-kira 150 meter oleh sebuah lori 10 tan di Jalan Bukit Jalil Indah, Bukit Jalil di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Fuad Omar, berkata dalam kejadian 2.33 petang itu, kereta yang dipandu Sze Po Ling, 45, sedang berhenti di lampu isyarat sebelum lori itu yang dari arah bertentangan dan mahu membelok ke kanan, terbabas ke hadapan lalu menyeret keretanya.

"Lori mengangkut tanah itu mahu masuk ke simpang di Jalan Bukit Jalil Indah dan kita percaya lori itu hilang kawalan sebelum melanggar kereta Sze yang berhenti di lampu isyarat.

"Akibatnya, lori itu telah mengheret kereta berkenaan hingga masuk sedikit ke dalam Tapak Semaian Bukit Jalil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor yang mengesahkan kemalangan itu, berkata mayat Sze dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Source

Post a Comment