BERITA TERKINI

Saturday, 8 February 2014

Calon mestilah yang terbaik

Advertisement
Datuk Sohaimi Shahadan

SHAH ALAM – Soal Cina atau Melayu yang menjadi calon pada PRK Dun Kajang itu terserah kepada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi BN membuat keputusan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pimpinan tertinggi masih belum membuat keputusan rasmi dalam menentukan siapa calon akan bertanding pada PRK itu.

Menurutnya, apa yang penting, calon tersebut mestilah yang boleh menyaingi calon pembangkang dan mendapat kepercayaan penduduk tempatan.

“Pastikan calon itu anak jati tempatan yang dikenali agar mudah mendapat kepercayaan pengundi kawasan itu.

“Selain dapat menjalankan tanggungjawab dengan berwibawa demi kepentingan rakyat di sana yang pelbagai bangsa,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas calon dari BN yang layak untuk bertanding di kawasan itu yang dijangka berjalan pada 23 Mac depan.

Sohaimi berkata, jika calon dipilih bukan berasal daripada kawasan itu sendiri, mungkin calon tidak akan faham budaya masyarakat di sana.

“Terutama sekali strategi untuk memikat pengundi Cina di sana,” katanya.

Source

Post a Comment