Difahamkan, mangsa yang parah organ dalaman disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Semenyih kira-kira jam 10.25 malam.
Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.
Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.
Ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an berkata, sejak memasuki sekolah menengah tahun ini, ramai pelajar sekolah itu membuli dengan mengejek nama bapanya termasuk digelar sebagai pondan.
“Saya ada beritahu pada dia, kamu sudah besar dan bukan budak kecil lagi. Buat tidak tahu sahaja atau adukan sahaja kepada cikgu," katanya.
Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa masuk ke tandas. Apabila keluar, muka mangsa jadi pucat dan memberitahunya dia sudah minum ubat serangga yang disimpan dalam tandas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, siasatan mendapati memang ada kandungan racun dalam tubuh mangsa.
“Cuma, kita masih belum menerima apa-apa maklumat sama ada mangsa dibuli atau tidak.
“Semuanya masih dalam siasatan,"katanya.
Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Post a Comment