Tentulah parti pemerintah Malaysia itu akan kena hentam dari kiri kanan depan belakang atas bawah oleh pihak pembangkang konon dakwa ia sebagai kejam, tidak adil, tiada demokratik dan segala macam tohmahan jahat.
Contoh mudah lihat sahajalah kes pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam rombakan Kabinet selain terbaharu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir daripada Menteri Besar Kedah.
Pembangkang melalui jentera siber mereka bekerja keras tanpa penat menghasut rakyat dengan mendakwa BN zalim terhadap wakilnya hanya kerana berjuang tidak sealiran dalam isu sensasi 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Namun memetik portal tempatan AgendaDaily, cerita kejam ini berlaku kepada wakil rakyat Pakatan Harapan yakni PKR yang menentang DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.
Nampak macam senyap sunyi tiada yang mahu atau berani berbunyi. Segala tentera maya propembangkang jadi tikus seolah-olah penakut yang amat sangat langsung tidak berani bercakap atas nama hak kebebasan bersuara!
Inilah terjadi ke atas dua ADUN PKR di Pulau Mutiara itu apabila telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri.
Politik Malaysia kini kian parah,baik pemerintah mahu pun pembangkang...Apa nak jadi Malaysia kita hari ini??
Post a Comment