Wang Huanzhen,63, terjatuh ke dalam telaga kering ketika mencari kayu api di sebuah hutan terpencil di Sichuan bersama suaminya.
Perkara itu bagaimanapun tidak disedari suaminya yang kemudian pulang ke rumah berseorangan.
Bagaimanapun, selepas isterinya itu gagal pulang ke rumah, suaminya membuat laporan polis.
Seluruh keluarga menghabiskan cuti Tahun Baharu Cina untuk mencari wanita itu termasuklah di bandar-bandar berdekatan, namun gagal.
Warga emas itu berjaya diselematkan pada 10 Februari lalu selepas seorang lelaki yang melalui kawasan itu mendengar tangisan wanita berkenaan.
Huanzhen dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mengalami kecederaan di tulang rusuk dan patah kaki kanan.
Sementara itu, menurut Huanzhen, dia terpaksa minum air kencing sendiri bagi mengelakkan hidrasi, iaitu tips yang dipelajarinya selepas gempa bumi yang melanda Wenchuan pada tahun 2008.
” Saya rasa, pemikiran positif menjadikan saya dapat terus hidup malah saya tidak peduli jika ada yang mentertawakan tindakan saya.Apa yang penting saya masih hidup..
Post a Comment