BERITA TERKINI

Wednesday, 11 November 2015

Robot Penunggang Motosikal, teknologi terkini dari Yamaha

Advertisement
Para jurutera di Yamaha sedang membangunkan sebuah robot yang boleh menunggang motosikal secara autonomi tanpa bantuan manusia. Motobot Yamaha boleh diletakkan pada motosikal biasa tanpa pengubahsuaian dan boleh mengawal minyak, brek, klac dan transmisi serta boleh mengawal stering.

Yamaha sedang membangunkan Motobot Yamaha yang autonomi sepenuhnya dan dilengkapi sistem yang boleh mengawal gerakan kompleks dengan pantas.

Namun itu hanya merupakan matlamatnya. Buat masa ini ia masih jauh dari dapat melakukan semua itu. Ia masih memerlukan bantuan manusia untuk bermula dari keadaan pegun kepada kelajuan agak perlahan. Tetapi, akhirnya, Yamaha berkata, robot ini mampu menunggang motosikal mengelilingi litar pada kelajuan 200 km/j.

Untuk melakukannya, ia memerlukan sistem kawalan yang kompleks. Mengawal gerakan yang kompleks pada kelajuan yang tinggi memerlukan pelbagai sistem kawalan yang perlu berfunngsi pada ketepatan yang tinggi. Ini kerana jika satu kesilapan berlaku, maka robot berkenaan akan terbabas dan musnah.

“I am MOTOBOT. I was created to surpass you” (Saya MOTOBOT. Saya dicipta untuk mengalahkan anda) kata robot itu dalam video di bawah, merujuk kepada penunggang motosikal lagenda Valetino Rossi.  “I am improving my skills every day but I am not sure I could even beat the five-year-old you. Perhaps if I learn everything about you, I will be able to catch up…” (“Saya meningkatkan kemahiran saya setiap hari tetapi saya tidak pasti saya juga boleh mengalahkan anda yang berusia lima tahun. Mungkin jika saya belajar segala-galanya tentang anda, saya akan dapat mengejar …”)

Post a Comment