BERITA TERKINI

Wednesday, 14 January 2015

Musa risalah terakhir yang menobatkan beliau sebagai juara

Advertisement

10 Tips yang diberikan oleh ayah Musa

Dibalik kehebatan anaknya, Musa. Ayah Musa yang bernama La Ode Abu Hanafi mengatakan bahawa sejak masih dalam kandungan Musa sudah diperkenalkan dengan bacaan Al Quran. Hanafi dan isterinyalah yang membacakan Al Quran untuk buah hati mereka semasa masih di dalam kandungan.

Pada kesempatan ini, La Ode Abu Hanafi  juga ingin memberikan 10 tips yang beliau gunakan dalam mengajarkan Musa sehingga hafal Al Quran 29 Juz.

1.Cari isteri solehah yang kelak akan menjadi pasangan anda dalam mendidik anak.
2.Tegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar kepada anak meskipun masih kecil.
3.Jauhkan dari muzik dan hiburan yang merosakan.
4.Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak.
5.Perkenalkan kepada anak siapa ahlu sholah dan siapa ahlu maksiat.
6.Orang tua harus menjadi contoh anak.
7.Orang tua ketika amar ma’ruf dan nahi mungkar harus ada rasa tega diri mereka kepada anak-anak, Contohnya ketika menyuruh mereka belajar,banyak orang tua yang tidak tega. Ingat, Emas tidak akan jadi mulianya dan berharga kecuali setelah penempaan yang luar biasa.
8.Tentukan jadual anak seketat mungkin, bila waktu belajar, makan, mandi, bermain, dan orang tua harus sentiasa istiqomah.
9.Jangan terlalu memperdulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita, tetap istiqomah dan fokus pada tujuan yang ingin dicapai.
10.Meskipun ada Ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap mempelihatkan Kelembutan kepada anak.


Post a Comment