kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu dipercayai berlaku ketika arwah yang juga ahli Community Recreation Club (CRC) Paka bersama Mohd Ainudin menghadiri kenduri kesyukuran di rumah jirannya.
Menurut Mohd Ainudin, arwah bapanya sebelum ini dikatakan sihat dan sempat menikmati hidangan di tempat kenduri itu.
Bagaimanapun, selepas bertemu beberapa rakan sebaik selesai makan, arwah mengajaknya pulang ke rumah dan ketika menghampiri keretanya, bapanya itu dikatakan tiba-tiba mengadu sakit dada.
“Sebaik rebah, saya minta tolong orang yang berada di tempat kenduri itu untuk mengangkat bapa saya.
“Kami membawanya ke klinik namun dia gagal diselamatkan,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Mangsa yang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia.
Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun dan hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kes terbabit.
Post a Comment