Tuan Mohd Shuhaidi Tuan Salleh, 26, menukar pengakuan dengan mengaku salah menikam di belakang leher adiknya, Tuan Mohd Suhairi Tuan Salleh, 25, menggunakan sebilah pisau.
Dia mengaku salah melakukan jenayah itu di kediaman mereka di Chendering, 13 Disember lalu, kira-kira jam 5.30 petang.
Tuan Mohd Shuhaidi mengaku mengetahui perbuatannya itu boleh menyebabkan kematian adiknya dan boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh, bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu fakta kes.
Post a Comment