BERITA TERKINI

Wednesday, 3 September 2014

Seorang wanita maut kereta dipandu hilang kawalan

Advertisement
KEMAMAN - Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan dalam satu kemalangan di Kilometer 17, Jalan Mak Lagam-Cheneh berhampiran Bukit Jembalang, di sini awal hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu menyebabkan Zura Azira Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Mangsa ketika kejadian dalam perjalanan dari kediamannya di Kampung Titian Berayun, Kijal menuju ke tempat kerja di Felda Neram 1.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ketika melalui satu selekoh sebelum memasuki ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah Proton Wira.

Susulan pertembungan itu, pemandu Proton Wira, Hariati Ramli, 23, tersepit di tempat duduk dan cedera di kedua-dua peha sebelum dikeluarkan pihak bomba.

sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm#ixzz3CHC1pMj4 Hakcipta terpelihara

Post a Comment