BERITA TERKINI

Wednesday, 3 September 2014

Penyamun Geng Balok dan Geng Jaya Gading tumpas

Advertisement
KUANTAN - Polis berjaya menahan dua kumpulan penyamun iaitu Geng Balok dan Geng Jaya Gading yang terdiri daripada lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun melibatkan lima buah Kedai Serbaneka 24 jam di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki, 25, di Lorong Kubang Buaya dekat sini pada pukul 5.30 pagi.

"Suspek itu ditahan selepas setengah jam menyamun sebuah premis di Semambu bersama seorang rakan namun rakannya itu berjaya melarikan diri.

"Selain itu, polis juga merampas pelbagai jenis rokok, penutup muka, topi keledar, sepasang gari, wang tunai RM65 serta motosikal yang digunakannya dalam jenayah tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suspek juga katanya, sebelum itu telah menyamun di Chengal Lempung, Beserah bersama rakannya yang kini dalam buruan polis.

Post a Comment