BERITA TERKINI

Sunday, 31 August 2014

Tiga maut dalam kemalangan di Perlis

Advertisement
KANGAR - Seorang wanita warga emas, anak perempuan dan cucu lelakinya terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki bertembung sebuah kereta di persimpangan Kampung Bongor Kudung, Simpang Empat dekat sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta Toyota Wish yang dipandu seorang lelaki tidak berhenti di persimpangan terbabit sebelum bertembung motosikal Yamaha Nouvo ditunggang Norlia Hashim, 42, dan dibonceng ibunya, Puan Chik, 76, dan anaknya, Dzul Fikar Dulkafle, 10.

"Norlia yang bekerja sebagai kerani di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di pekan Simpang Empat, ibu dan anaknya cedera parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi.

sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3Bzh3r212 Hakcipta terpelihara

Post a Comment