Seorang daripada mangsa ialah penunggang motosikal jenis Yamaha, Tun Muhammad Fakharuddin Mohd. Jaiilani, 19, berasal dari Taman Mutiara Mahkota, Kuantan yang juga penuntut Kolej Komuniti Indera Mahkota di sini.
Seorang lagi mangsa adalah penunggang motosikal jenis Honda EX5, Muhammad Lokman Hakim Ismail, 19, dari Sungai Isap Perdana di sini iaitu pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah menengah di Kuala Lipis.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Deputi Superintendan Mohd. Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian pukul 6.05 petang itu kedua-dua penunggang terbabit disahkan mati di tempat kejadian.
"Kemalangan dipercayai berlaku semasa kedua-dua penunggang motosikal terbabit melalui jalan tersebut sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang dari bahu sebelah kiri jalan," katanya.
sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz3BziFPrHN Hakcipta terpelihara
Post a Comment