BERITA TERKINI

Monday, 11 August 2014

Seorang peneroka maut dalam kejadian langgar lari

Advertisement
GUA MUSANG - Seorang peneroka Rancangan Tanah Felda Chiku 1 maut apabila menjadi mangsa langgar lari di Kilometer 34 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, dekat sini, malam kelmarin.

Razali Senik,73, yang cedera parah di kepala dan terbaring di tepi jalan berhampiran simpang tiga tanah rancangan itu meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) jam 2 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di tanah rancangan berkenaan.

Menurutnya, mangsa keluar dari kebunnya untuk melihat ternakan di ladang dan sebaik tiba di simpang tiga tanah rancangan itu dia dipercayai dirempuh sebuah kereta.

“Mangsa ditinggalkan sebelum ditemui pengguna jalanraya yang membawa mangsa memenerima rawatan di HGM”, katanya kepada Sinar Harian.

Saiful Bahri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 8 pagi  setelah menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa.

Kes terbabit masih dalam siasatan di bawah Seksyen  1(1) akta pengangkutan jalan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian berkenaan supaya membuat laporan di balai polis berhampiran.

Post a Comment