Mangsa, Johnny a/l Pandak, 29, ditemui oleh bapa saudaranya kira-kira jam 4 petang selepas bapanya, Pandak a/l Kulop, 50, bimbang dia tidak kembali ke rumahnya di Kampung Orang Asli Batu Berangkai di sini.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Kampar.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kampar, Shariman Mohd Yusof berkata, tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri akibat terjatuh ketika mengambil petai.
“Mangsa diturunkan dengan menggunakan tali dan pengusung sebelum membawa mangsa keluar dari lokasi kejadian sejauh tiga kilometer melalui jalan denai sebelum diserahkan kepada pihak perubatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis. Operasi tamat kira-kira jam 6.44 petang,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarganya setelah waris mangsa membuat laporan polis untuk tidak melakukan bedah siasat ke atas mangsa.
“Kita terima laporan daripada Pandak yang tidak mahu anaknya dibedah siasat kerana percaya tiada unsur jenayah,” katanya.
Post a Comment