Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa, M Kishan Kumar, 14, maut di tempat kejadian setelah kepalanya dipercayai terhentak pada penghadang jalan manakala rakannya, D Dixon Thomas, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ parah.
Ketua Polis Daerah Kerian Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan berkata, siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang membelok secara melulu.
Menurutnya, kereta jenis Proton Gen 2 dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan membelok secara melulu ketika memasuki satu simpang di lokasi kejadian.
“Akibatnya dua mangsa yang menunggang motosikal di lorong kiri gagal mengelak kenderaan itu sehingga menyebabkan pemboncengnya maut.
“Penunggang motosikal yang juga rakan sekolah mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Mat Fauzi turut mengesahkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar dan telah dituntut ahli keluarga.
Post a Comment