Abd Jalil Wahab, 44, berkata, ia berpunca daripada ikan yang mengelak daripada pencemaran tompokan minyak dari hulu Sungai Tasik Garu.
Pada hari pertama sahaja katanya, dia berjaya menangkap puluhan ikan baung sehingga mencapai tiga hingga lima kilogram setiap ekor ikan tersebut.
"Namun, lama-kelamaan hanya ikan sungai yang bersaiz kecil berjaya ditangkap.
“Kami tidak memerlukan sebarang umpan kerana ikan bergerak secara berkumpulan dan timbul di permukaan, mungkin kerana kurang oksigen disebabkan kawasan hulu dilitupi minyak, menyebabkan banyak ikan mati,” katanya.
Sementara itu, Noraini Mohamad, 45, berkata, penduduk sekitar terutama dari Kampung Tasik Bakong dan pekan Rantau Panjang tidak melepaskan peluang menjala ikan, di sini.
“Kali terakhir sungai di Kampung Tasik Bakong tercemar pada 2006 lalu, maka penduduk terpaksa menjala di kawasan lain yang tidak tercemar.
“Walaupun kawasan lain dicemari tompokan minyak, ia menyebabkan ikan membanjiri kawasan bersih sekali gus memberi rezeki kepada penjala seperti kami,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ikan tidak sebanyak pada hari pertama menjala kerana air sungai itu mengalir ke beberapa perkampungan melalui Sungai Lanchang seterusnya berakhir ke Sungai Golok.
Post a Comment