Bagaimanapun, gerakan mencari mangsa membabitkan anggota polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung yang dihentikan jam 7 petang kelmarin dan diteruskan semula jam 8 pagi semalam.
Menurut ibunya, Ami Mazura Ahmad, 49, anak lelakinya itu hilang dari rumahnya kira-kira jam 4.30 petang Ahad selepas menegurnya supaya berhenti mandi di Sungai Ketil di belakang rumahnya kerana bimbang akan berdepan dengan kejadian tidak diingini.
Beliau berkata, dia yang baru pulang dari menoreh getah bimbang dengan keselamatan anaknya yang mandi di sungai itu menyebabkan Mohd Faiz yang naik ke tebing mengamuk sebelum lari menerusi tebing sungai berkenaan.
“Saya cuba mengekori dari belakang ketika mangsa berlari itu, namun gagal mengikutinya sebelum mendapati Mohd Faiz hilang dan tidak pulang sehingga petang semalam,” katanya.
Ami Mazura berkata, peringkat awalnya selepas anaknya didapati hilang hanya meminta jasa penduduk tempatan sahaja melancarkan gerakan mencarinya, namun gagal ditemui sebelum membuat laporan polis jam 5 petang kelmarin.
Beliau berkata, gerakan mencari itu hanya tertumpu di kawasan darat dan sungai sekitar anaknya dilaporkan hilang dan kebiasaannya sebelum ini apabila Mohd Faiz keluar dan pulang semula walaupun lewat malam.
“Lain pula dengan sekarang ini mungkin fikirannya tertekan selepas bapanya, Azmi Yusoff meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung dan asma kerana anaknya itu merasakan telah hilang kasih sayang,” katanya.
“Setiap malam anak saya memeluk gambar arwah suami kerana dia sejak kecil lagi bermanjakan dengan Allahyarham Azmi dan sekarang tidak boleh ditegur mudah memberontak termasuk memecahkan peralatan dalam rumah,” katanya.
Ami Mazura juga tidak sangka anaknya itu sejak kebelakangan ini berperangai pelik dan cepat mengamuk hingga pernah merosakkan pelbagai barangan dalam rumah sebelum dipujuk semula.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubungan kejadian kehilangan budak lelaki OKU itu.
Beliau mengarahkan pasukan penyelamat melancarkan gerakan mencarinya sejak petang kelmarin namun mangsa masih belum berjaya dijumpai.
Post a Comment