Perkara itu disahkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebook beliau, semalam.
Boateng akan dibantu Mohd Hashim Mustapha dan enam jurulatih lain.
Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan dua import baharu iaitu penyerang dari Ghana, Prince Tagoe dan pemain pertahanan Iraq, Hussein Alaa bagi memperkuat Kelantan, musim ini.
Kedua-dua pemain tersebut menggantikan Mohammed Ghaddar dan Obinna Nwaneri, manakala Mohamed Shawky serta Francis Forkey Doe kekal bersama TRW.
"Penggantian pemain adalah berdasarkan laporan bekas ketua jurulatih (Steve Darby) dan mengambil kira keperluan ketua jurulatih baharu serta kemampuan kewangan Kafa.
"Sebagai menghormati profesionalisme pemain, tiada perbincangan terbuka mengenai sebab sesiapa digugurkan. Yang pasti, pencapaian TRW adalah keutamaan dalam sebarang keputusan. Apa pun, kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Steve Darby, Nwaneri dan Ghaddar. Jasa mereka tetap dikenang.
"Membina kekuatan pasukan mengambil masa dan pastinya tidak mudah. Namun kita berusaha... Pasukan 2014 adalah asas kepada TRW 2015," kata Annuar.
Untuk rekod, Tagoe pernah mewakili negaranya pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, manakala Hussein muncul pemain pertama Iraq beraksi di Liga Super China bersama Qingdao Jonoon (2009) dan Shenzhen Ruby (2010).
Profil Boateng
Umur: 38 tahun
Kelab yang pernah diwakili:
Excelsior (1994-1995)
Feyenoord (1995-1998)
Coventry City (1998-1999)
Aston Villa (1999-2002)
Middlesbrough (2002-2008)
Hull City (2008-2010)
Skoda Xanthi (2010-2011)
Nottingham Forest (2011- 2012)
T-Team (2013)
Pasukan kebangsaan:
Belanda Bawah 21 Tahun (1995-1998)
Belanda (2001- 2006)
Post a Comment