Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata, remaja itu disiasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui sebarang dokumen tanpa pengenalan diri.
“Biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, dia masih selamat,” katanya.
Menurutnya, dari rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang San Jose, remaja itu kelihatan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45, pagi kelmarin.
“Remaja itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya, laporan dipetik dari Reuters.
Post a Comment